FOLLOWERS

Contact Us

To place order or any inquiry, please email the name and codes of the items, your name and your address or location to beautyfarmasi@gmail.com.
Thank you

- Jika ada sebarang tempahan atau pertanyaan, sila emailkan nama dan kod barang, nama anda & alamat atau lokasi anda ke beautyfarmasi@gmail.com.

- Boleh sms / what's app di 0123953322 / 01132132196

Anda juga boleh inbox kami melalui facebook http://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour

Terima kasih
Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Monday, 23 July 2012

RAMADHAN SALE

Assalamualaikum,

Sempena bulan mulia ini kami di FCC Beauty Farmasi ingin berkongsi keberkatan dengan anda semua dan menawarkan 15% potongan harga untuk semua product di blog ini. Ingin saya maklumkan bahawa harga yang ditawarkan adalah strictly dari FCC Beauty Farmasi sahaja dan tidak melibatkan mana-mana FCC outlet atau Retail Partner yang lain. Sebarang pertanyaan bolehlah pm ke Facebook saya Fcc Beautyfarmasi Colour atau email di beautyfarmasi@gmail.com. Pembelian boleh dibuat secara online atau datang ke counter saya di Desa Subang Permai

Selain pembayaran secara tunai, online transfer / Bank-in, bayaran secara debit / credit card diterima secara online melalui account PayPal


SELAMAT MEMBELI BELAH BERSAMA FCC

Sunday, 1 July 2012

Beli kosmetik tulen seperti FCC, jangan gadai nyawa dengan yang tiruan!

Petikan berita dari dari Utusan Online ini memang menakutkan. Ini yang kita hendakkan cantik dan jimat duit tapi akibat sebaliknya cantik seketika tetapi kesan dari kosmetik tiruan ini mula 'makan dalam'. Wajah cantik mula berubah menjadi hodoh dan menuntut belanja yang banyak pula bila kita sudah kelam-kabut mahu mengubatinya. Asal tadi mahu berjimat lansung berhabisan pula.

Maka wahai wanita diluar sana, carilah produk yang selamat, yang ada jaminan kualiti untuk keselamatan. Murah memang menarik tetapi biarlah berbaloi dan logik dengan kualitinya pula. Berhati-hatilah!

Produk FCC tentunya antara pilihan terbaik kerana kualitinya sangat berbaloi dengan harganya. Kelebihan produk yang diwartakan 'Halal' ini tentu membuatkan kita menggunakan dengan perasaan yang selesa dan tenang. Sama selesanya bila dipakaikan pada wajah anda ; ringan dan tahan lama.

Petikan berita di bawah dari SINI.

PELBAGAI barangan dan alat kosmetik tiruan dijual 
secara terbuka di bazar larut malam.
KUALA LUMPUR 29 Jun - Lambakan produk kosmetik tiruan boleh diumpamakan seperti ‘bom jangka’ yang bakal meragut kecantikan dan nyawa wanita di negara ini jika usaha membendung pengedaran produk tersebut tidak dilakukan dengan serius.


Nilai rampasan produk kosmetik tiruan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 22 kali ganda sejak tiga tahun lalu, memberi gambaran jelas penularan secara berleluasa produk tersebut yang mensasarkan golongan bawahan dan pertengahan.


Lebih ditakuti adalah kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan.

Tuesday, 8 May 2012

Managing Director of FCC, Cik Ili Zawani Dato' Ismail

With Managing Director of FCC ; 
Cik Ili Zawani Dato' Ismail at Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor on May 3, 2012.

Me (left)

Kembang bisnes ke dunia fesyen

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CERIA...sebagai peneraju utama, setiap produk dicuba terlebih dulu bagi memastikan keberkesanannya.
CERIA...sebagai peneraju utama, setiap produk dicuba terlebih dulu bagi memastikan keberkesanannya.
HANYA dengan padanan kaftan merah dan tudung kelabu, gaya penampilannya cukup menyerlah. Solekan menambahkan lagi kejelitaan Pengarah Eksekutif Naturalife Solution Sdn Bhd, Ili Zawani Ismail sehinggakan sesiapa juga pasti terpesona pada aura gadis manis ini.
Ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya, Selangor, jujur penulis mengakui gadis kelahiran Kuala Lumpur ini bukan saja bijak bergaya, malah mempunyai karisma dan semangat yang luar biasa.
   
  • FotoALAT SOLEK... Ili Zawani bersama sebahagian alat solek yang sudah dipasarkan di Malaysia.
  • FotoBINCANG...Ili Zawani berbincang dengan pekerjanya mengenai pakaian yang akan dipasarkan di pejabatnya.
Dia matang sebelum usia walaupun baru mencecah usia 25 tahun Julai lalu. Setiap lontaran kata-kata disusun teratur dan penuh sopan. Setiap perkataan yang terbit daripada bibirnya disulami kata-kata semangat serta penuh rasa rendah diri.

“Sejak kecil saya dikelilingi mereka yang lebih berusia. Ibu sering membawa saya menemui rakan perniagaannya. Begitu juga di rumah apabila saudara-mara menjadikan saya sebagai tempat rujukan. Sebab itu pemikiran saya menjadi lebih matang daripada usia,” katanya.

Memulakan perniagaan ketika usia mencecah 22 tahun iaitu selepas tamat pengajian di Kolej Sunway dalam jurusan perakaunan, Ili Zawani yang mesra disapa Wani mengakui dia berasa bertuah kerana percaturan hidupnya bermula di landasan yang betul, sedangkan pada usia begini ramai kawan-kawannya masih tercari-cari arah dan tujuan hidup.

“Saya akui tidak ramai bernasib baik seperti saya mampu membuka perniagaan pada usia muda. Mulanya saya merancang ingin bekerja dengan orang luar kerana lebih mudah, tidak perlu bersusah payah memikirkan hal syarikat. Tetapi apabila ayah meminta supaya saya menjalankan perniagaan sendiri, saya terus menerima dengan hati terbuka. Peluang yang ada, mengapa mesti ditolak kerana inilah masa saya membantu keluarga,” katanya penuh yakin.

Memandangkan semua wanita gemar pada kecantikan, justeru Wani mencari produk untuk keperluan kaum hawa terutama golongan pertengahan. Kajian demi kajian dijalankan bagi mencari produk berkualiti dan mampu digunakan semua wanita.

“Memikirkan terlalu banyak produk buatan Eropah, Amerika Syarikat mahupun Asia seperti Jepun dan Korea yang mahal serta mewah, saya inginkan kelainan supaya produk saya mampu dimiliki semua wanita.

“Dalam pencarian akhirnya saya bertemu dengan Farmasi Colour Cosmetics (FCC), jenama alat solek yang diimport dari Istanbul, Turki. Pada awalnya syarikat itu hanya mengeluarkan produk minyak wangi E Coudray dari Perancis dan turut memasarkan beberapa produk herba tempatan. Namun, selepas melihat hasilnya pada kulit kakak dan ibu, saya terus bersetuju,” katanya.

Selepas mendapat persetujuan serta meneliti hasil kajian, Wani ke Turki untuk melihat proses penyediaan dan bagaimana produk ini dipasarkan.

“Saya bertambah yakin apabila FCC menggunakan seratus peratus bahan halal serta tidak menggunakan gelatin haiwan, alkohol dan tidak diuji pada haiwan manakala semua pekerjanya adalah orang Islam,” katanya.

Selepas tujuh tahun menjalankan kajian, akhirnya pada 2009, FCC berada di pusat beli-belah Parkson, Jusco serta 17 rakan niaga di seluruh Malaysia dengan lebih 400 produk dikeluarkan.

Menurut Wani, FCC sangat istimewa kerana mempunyai pelbagai rangkaian warna sesuai untuk kulit wanita Asia.

Dengan label Mewarnai Hidup Anda, kehadiran warna segar ini tentunya memberi lebih pilihan pada wanita dan pada masa sama, memenuhi keinginan mereka untuk kekal cantik sepanjang masa. Daripada maklum balas pelanggan, mereka mengatakan produk kosmetik FCC wangi dan selesa apabila digunakan ketika cuaca panas.

Lebih penting, semua produk termasuk rangkaian bedak asas, bedak debu, bedak padat, gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan maskara sesuai untuk semua jenis kulit sama ada cerah, gelap dan sawo matang.

“Pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan memberi keyakinan dan semangat kepada saya untuk terus bertahan dan memastikan FCC menjadi pilihan utama wanita. Apatah lagi harganya sangat berpatutan iaitu antara RM9.90 sehingga RM69.90,” katanya.

Sebagai pengusaha sudah pasti apa saja perniagaan ada cabarannya. Selain memastikan produk keluarannya dikenali ramai, lambakan alat solek di pasaran adalah persaingan biasa yang harus dihadapi. Namun, dia turut mengakui ada kala hatinya gundah memikirkan cabaran dalaman terutama daripada segi perhubungan dengan pekerja.

“Saya dikelilingi kakitangan yang lebih berumur, tentunya saya memerlukan cara terbaik untuk mendekati mereka. Alhamdulillah saya dapat menanganinya berkat pengalaman ketika bergaul dengan mereka yang lebih berusia. Pada saya umur bukan menjadi masalah, apa yang penting belajar untuk menghormati orang lain dan orang akan menghormati kita,” nyatanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini juga mengakui bekerja dengan keluarga bukanlah satu kelebihan, tetapi cabaran bagi memastikan apa juga tanggungjawab dapat ditunaikan sebaik mungkin. Banyak perkara perlu dikorbankan terutama masa dan tenaga bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Sebagai peneraju utama, jatuh bangun syarikat adalah di atas tangan saya. Oleh itu saya perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik, lancar dan selesa,” katanya yang menjadikan ayahnya, Ismail Kamin sebagai idola.

Walaupun kurang rapat dengan ayah, tetapi ayah menaruh harapan dan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat. Kematangan, wawasan dan cara bekerja ayah menjadi idola Wani untuknya melangkah ke hadapan.

Selain menjaga bahagian kosmetik, Wani juga diberi kepercayaan sebagai Pengarah Kewangan Automotif serta mengendalikan medan selera di Shah Alam. Dia juga adalah Bendahari Kehormat Peniagawati Malaysia dan menjadi ahli jawatan kuasa tertinggi paling muda selama tiga tahun berturut-turut.

“Bergaul dengan usahawan wanita berjaya menyebabkan saya berazam untuk berjaya dalam tempoh yang singkat iaitu lima tahun. Walaupun bukan mudah, saya yakin usaha disertai dengan tawakal pasti akan menemui kejayaan,” katanya yang mengakui penyertaan dalam persatuan ini sangat membantu membentuk diri menjadi lebih positif.

Dalam kesibukan mengendalikan perniagaan, Wani mengakui jiwa mudanya masih terserlah. Bagi mengisi kekosongan itu dia banyak meluangkan masa bersama keluarga dan mengajak rakan datang ke rumah.

“Saya bersyukur kerana ibu bapa sangat memahami. Mereka juga menjaga pergaulan dan batas agama supaya kami tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jika tidak kerana bebelan serta larangan ibu bapa sudah pasti saya tidak menjadi seperti sekarang. Saya juga dikelilingi rakan yang sangat mementingkan keluarga. Jadi pertemuan kami lebih banyak diadakan di rumah,” katanya.

Mengimbas kembali ketika zaman remaja, Wani mengakui dia jarang membantah atau memberontak setiap kata-kata ayahnya. Ini kerana sedar pada akhirnya dia juga akan mendapat manfaatnya. Buktinya seperti mana yang berlaku pada masa sekarang.

“Saya percaya apa juga perkara yang dilakukan harus mendapat keredaan ibu bapa. Saya sedar dalam mengejar kekayaan dan kejayaan, ilmu akhirat harus diseimbangkan jika tidak hidup tidak akan bermakna. Inilah yang saya belajar supaya sentiasa menghargai apa saja nilai positif dalam hidup serta melakukan yang terbaik bukan saja untuk diri tetapi keluarga dan masyarakat.

“Jika ada yang berkata saya beruntung kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga mewah, tidak perlu bersusah payah, tetapi sebenarnya itu tanggapan silap. Saya dan keluarga ketika kecil juga pernah melalui zaman susah.

“Hidup di dalam rumah kedai dengan hanya menaiki motosikal, tetapi saya mempunyai seorang ayah yang kuat semangat serta ibu yang menjadi pendorong utama. Mereka berazam untuk mengubah nasib keluarga dan sekarang apa yang diperoleh adalah hasil usaha serta penat lelah mereka selama ini. Jika saya yang dulu pernah susah boleh melakukan mengapa anda tidak,” katanya.

Wani menasihati remaja hari ini supaya berfikir di luar kotak pemikiran. Jangan hanya menjadi remaja biasa yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada.

Jika dilahirkan dalam keluarga susah, adakah anda juga mahu menjadi susah seperti itu? Jika kita yang tidak cuba mengubahnya siapa lagi?

“Adakala saya kecewa dengan segelintir remaja Melayu yang mengambil mudah sesuatu perkara. Mereka tidak pernah berfikir mengenai masa depan dan apa yang dilakukan sekarang akan memberi kesan 10 tahun akan datang. Belajar daripada kesilapan dan kegagalan kerana daripada situ kita tahu kelemahan diri sendiri,” katanya yang sangat mengagumi ketokohan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang sentiasa berfikir ke hadapan dalam membuat perancangan.

Di akhir bicara, Wani mempunyai impian sendiri iaitu ingin mengembangkan industri fesyen serta ingin berkongsi pengalaman dengan remaja bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya pada usia muda.

Sunday, 20 November 2011

Cuba bedak asas di rahang

Foundation yang 'hot sale' di FCC - Stay Matte
Lagi foundation di SINI.

Bedak asas (foundation) merupakan salah satu produk kosmetik yang paling penting. Jika kita menggunakan bedak asas yang baik dan warna yang tepat, Insyaallah hasil solekan kita yang selanjutnya akan menjadi lebih kemas dan cantik. Gabungan bedak asas yang bagus serta produk kosmetik yang bagus juga sudah tentu menghasilkan solekan yang bukan sahaja cantik tetapi selesa pada si pemakai.

Bagai kata Zalifah Zakaria, jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetics (FCC), bedak asas dan bedak padat memainkan peranan utama untuk keseluruhan solekan. Ikuti kupasan lanjut dalam Harian Metro di bahagian Pesona Cantik tentang


Solekan menggunakan alat solek Farmasi Colour Cosmetics

Tuesday, 4 October 2011

Buka booth FCC di Kelana Jaya

MAAF DI MAKLUMKAN BOOTH DI GIANT DITUTUP SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.
BUAT SEMENTARA INI KAMI BEROPERASI DI SUBANG PERMAI. 
KALAU NAK DATANG BOLEHLAH HUBUNGI - 012-3953322. TERIMA KASIH


Pemilik Beauty Farmasi di booth sendiri

Monday, 12 September 2011

Halal certificates for Farmasi Colour Cosmetics

Halal certificates for products of Farmasi Colour Cosmetics :



Elemen halal Farmasi Colour

Sumber berita : Kosmo Online

Apakah keistimewaan Farmasi Colour Cosmetics berbanding kosmetik lain yang terdapat di pasaran?

FARMASI Colour Cosmetics juga memberi solekan percuma kepada pelanggan tetapnya pada majlis pelancaran butik terbarunya.

ILI ZAWANI ISMAIL

WANITA hari ini terlalu obses dengan kosmetik. Kosmetik dan wanita bagaikan isi dan kuku. Walaupun lambakan produk kosmetik di pasaran memberi pilihan kepada golongan wanita, majoriti daripada rangkaian produk tersebut adalah jenama antarabangsa yang mahal.

Kepada yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh, pasti tiada masalah untuk mendapatkan produk tersebut. Namun, bukan semua individu mampu memiliki produk kosmetik import.

Menyedari hakikat itu, Farmasi Colour Cosmetics memberi peluang kepada semua lapisan wanita memiliki kosmetik kegemaran mereka.

Farmasi Cosmetics hak milik Naturalife Solution Sdn. Bhd., mendukung teknologi kosmetik tradisional masyarakat Turki.

Pemiliknya, Ili Zawani Datuk Ismail, 23, ketika ditemui pada majlis pelancaran butik terbaru Farmasi Colour Cosmetics di Parkson Pavilion baru-baru ini memberitahu, elemen halal antara kriteria penting produk tersebut.

"Ini kerana Farmasi Colour Cosmetics tidak mengandungi lemak, gelatin haiwan dan alkohol untuk kegunaan wanita Muslim.

"Ia juga mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Turki yang menjamin kesahihan halal sepenuhnya. Justeru, wanita Muslim tempatan dapat menggunakan rangkaian produk itu tanpa ragu-ragu," katanya.

500 item

Menurut gadis muda yang lebih mesra dengan panggilan Wani itu, Kosmetik Farmasi mempunyai 532 item solekan yang terdiri daripada bedak asas, pembayang mata, gincu hingga pengilat mata.

"Ia juga boleh dipakai ketika solat. Sebenarnya, produk kosmetik itu dicipta sejak 200 tahun dahulu khusus untuk golongan kerabat diraja di Turki.

"Peredaran zaman secara tidak langsung telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menggunakan produk aristokrat itu," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.

Wani memberitahu, Farmasi Colour Cosmetics mempunyai lebih 500 item solekan termasuklah bedak asas dan gincu bibir. Kedua-dua produk tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

"Ada juga pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka bahawa bedak asas jenama kami mampu merawat jerawat, tompok-tompok hitam dan parut yang terdapat dalam kulit mereka," jelas.

Graduan Ijazah Perakaunan dari Kolej Universiti Sunway itu berkata, pembayang mata yang berbentuk bebola seperti gula-gula antara keunikan Farmasi Colour Cosmetics.

KANDUNGAN bahan-bahan natural mampu merawat masalah kulit wajah.

Bebola tersebut bukan sahaja terdiri daripada satu warna tetapi ia dicampur dengan tona warna yang lain. Pada masa yang sama, ia juga membantu memudahkan pengguna tanpa membeli banyak pilihan warna.

Ujar Wani, syarikatnya juga turut memasarkan produk penjagaan kulit seperti krim mandian, pelembap, krim badan pencuci muka, penyegar dan pewangi.

"Walaubagaimanapun, saya tidak terfikir untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit buat masa terdekat.

"Ini kerana saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Farmasi Colour Cosmetics yang semakin digemari masyarakat tempatan," katanya.

Dalam pada itu, sempena majlis pelancaran butik terbaru itu, Wani juga merai para pelanggannya dengan mengadakan sesi solekan percuma.

Sesi solekan

Sesi istimewa itu dikendalikan oleh beberapa jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetics. Seramai 15 orang pelanggan tetap dan baru berkunjung ke butik itu untuk mendapatkan khidmat solekan percuma.

Noor Rita Che Ha, 46, salah seorang pelanggan tetap Farmasi Colour Cosmetics berkata, produk-produk kosmetik yang ada di pasaran tidak dapat dipastikan status halalnya.

"Farmasi Colour Cosmetics pula mempunyai kesahihan itu. Itulah yang membuatkan saya tertarik.

"Bedak asas adalah produk kegemaran saya kerana ia bertindak sebagai agen antipenuaan dan membantu mengurangkan garis-garis halus di wajah," ujarnya.

ILI ZAWANI, di samping produk Farmasi Colour Cosmetics yang tidak mengandungi alkohol dan gelatin haiwan.

Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Nurul Aini Akma Zulkefli, 24, pula gemar membeli produk kosmetik itu kerana maskara dan pengilat bibirnya yang berkilat.

"Tatkala mengoles maskara yang berkilat-kilat itu, ia nampak unik dan lain daripada maskara yang terdapat di pasaran.

"Sementara itu, sesi solekan percuma seperti itu memberi pengetahuan luas mengenai solekan dan kaedah penggunaan yang tepat tentang produk itu," katanya.

Kini, rangkaian produk Farmasi Colour Cosmetics mempunyai lebih daripada 14 kaunter di semua pusat beli-belah termasuk Jusco dan Parkson di seluruh negara.

Rangkaian produk itu dijual pada harga antara RM8.90 sehingga RM59.90.

Farmasi Colour Cosmetics

Sumber berita : Info Produk

Membawa jenama dari luar memang banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi mereka yang begitu mementingkan mutu dan jenama. Lazimnya, barang alat solek tidak menjadi masalah kepada wanita masa kini kerana apa saja yang diperkenalkan asalkan wajah cantik dan menawan selain bersesuaian dengan kulit, sudah memadai.

Tetapi, ada juga wanita yang begitu mementingkan konsep halal dalam setiap barangan peribadi termasuk alat solek. Tidak mustahil, ada yang sering berhati-hati dengan kandungan bahan alat solek digunakan bagi mengelak daripada mencalit kandungan bahan tidak halal seperti lemak binatang dan sebagainya.

Bagi Pengarah Eksekutif Naturelife Sdn Bhd, Ili Zalwani Datuk Ismail, konsep itu bagaikan keperluan bagi masyarakat Islam yang masih ingin kelihatan cantik pada wajah masing-masing.

Memahami keperluan itu, beliau membawa produk alat solek jenama Farmasi Cosmetics dari Istanbul, Turki yang disahkan halal khusus untuk semua peringkat wanita.

“Turki adalah negara Islam, malah pengeluaran produk mereka juga halal berikutan pemilik jenama yang juga pasangan suami isteri beragama Islam. Mereka tidak menggunakan bahan terlarang seperti lemak haiwan, gelatin serta kandungan kimia dalam produk kecantikan Farmasi Cosmetics.

“Saya memahami kepentingan wanita Islam di Malaysia berikutan permintaan terhadap barangan kosmetik halal semakin tinggi. Sungguhpun ingin tampil cantik, kandungan produk yang dicalitkan pada wajah juga perlu halal mengikut landasan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya, baru-baru ini.

Ili Zalwani yang baru berusia 23 tahun membawa produk Farmasi Cosmetics sejak setahun lalu, malah menjangkakan jenama berkenaan akan mendapat sambutan di kalangan wanita Islam di negara ini.

“Selepas mendapati ia adalah produk halal saya percaya dengan membawa produk Farmasi Cosmetics ke negara kita, ia akan mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya tidak ingin menjual barangan yang boleh memudaratkan. Sebelum membawa masuk produk Farmasi Cosmetics ini, saya terlebih dulu membuat kajian terhadap beberapa produk kecantikan lain dan merantau ke negara berkenaan,” katanya.

Beliau akui, selain kandungannya yang halal, beliau tertarik dengan jenama itu berikutan ia sudah berkembang sejak tiga tahun lalu di pasaran antarabangsa. Antara negara yang turut menjual alat solek Farmasi Cosmetics ialah Perancis, Afghanistan, Australia, Kanada, Belanda, Mesir dan banyak lagi

“Banyak cabaran sekiranya ingin membawa masuk barangan luar untuk dipasarkan di negara ini. Terlebih dulu, saya membuat kajian terhadap beberapa jenama lain di internet sebelum ke negara berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut.

“Dari satu tempat ke satu tempat lain, akhirnya saya menemui Farmasi Cosmetics dan sesuai untuk rakyat Malaysia. Ia lebih murah berbanding produk jenama antarabangsa yang lain dijual di sini serta cara membuatnya bersih,” katanya.