FOLLOWERS

Contact Us

To place order or any inquiry, please email the name and codes of the items, your name and your address or location to beautyfarmasi@gmail.com.
Thank you

- Jika ada sebarang tempahan atau pertanyaan, sila emailkan nama dan kod barang, nama anda & alamat atau lokasi anda ke beautyfarmasi@gmail.com.

- Boleh sms / what's app di 0123953322 / 01132132196

Anda juga boleh inbox kami melalui facebook http://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour

Terima kasih

Monday, 12 September 2011

Elemen halal Farmasi Colour

Sumber berita : Kosmo Online

Apakah keistimewaan Farmasi Colour Cosmetics berbanding kosmetik lain yang terdapat di pasaran?

FARMASI Colour Cosmetics juga memberi solekan percuma kepada pelanggan tetapnya pada majlis pelancaran butik terbarunya.

ILI ZAWANI ISMAIL

WANITA hari ini terlalu obses dengan kosmetik. Kosmetik dan wanita bagaikan isi dan kuku. Walaupun lambakan produk kosmetik di pasaran memberi pilihan kepada golongan wanita, majoriti daripada rangkaian produk tersebut adalah jenama antarabangsa yang mahal.

Kepada yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh, pasti tiada masalah untuk mendapatkan produk tersebut. Namun, bukan semua individu mampu memiliki produk kosmetik import.

Menyedari hakikat itu, Farmasi Colour Cosmetics memberi peluang kepada semua lapisan wanita memiliki kosmetik kegemaran mereka.

Farmasi Cosmetics hak milik Naturalife Solution Sdn. Bhd., mendukung teknologi kosmetik tradisional masyarakat Turki.

Pemiliknya, Ili Zawani Datuk Ismail, 23, ketika ditemui pada majlis pelancaran butik terbaru Farmasi Colour Cosmetics di Parkson Pavilion baru-baru ini memberitahu, elemen halal antara kriteria penting produk tersebut.

"Ini kerana Farmasi Colour Cosmetics tidak mengandungi lemak, gelatin haiwan dan alkohol untuk kegunaan wanita Muslim.

"Ia juga mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Turki yang menjamin kesahihan halal sepenuhnya. Justeru, wanita Muslim tempatan dapat menggunakan rangkaian produk itu tanpa ragu-ragu," katanya.

500 item

Menurut gadis muda yang lebih mesra dengan panggilan Wani itu, Kosmetik Farmasi mempunyai 532 item solekan yang terdiri daripada bedak asas, pembayang mata, gincu hingga pengilat mata.

"Ia juga boleh dipakai ketika solat. Sebenarnya, produk kosmetik itu dicipta sejak 200 tahun dahulu khusus untuk golongan kerabat diraja di Turki.

"Peredaran zaman secara tidak langsung telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menggunakan produk aristokrat itu," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.

Wani memberitahu, Farmasi Colour Cosmetics mempunyai lebih 500 item solekan termasuklah bedak asas dan gincu bibir. Kedua-dua produk tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

"Ada juga pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka bahawa bedak asas jenama kami mampu merawat jerawat, tompok-tompok hitam dan parut yang terdapat dalam kulit mereka," jelas.

Graduan Ijazah Perakaunan dari Kolej Universiti Sunway itu berkata, pembayang mata yang berbentuk bebola seperti gula-gula antara keunikan Farmasi Colour Cosmetics.

KANDUNGAN bahan-bahan natural mampu merawat masalah kulit wajah.

Bebola tersebut bukan sahaja terdiri daripada satu warna tetapi ia dicampur dengan tona warna yang lain. Pada masa yang sama, ia juga membantu memudahkan pengguna tanpa membeli banyak pilihan warna.

Ujar Wani, syarikatnya juga turut memasarkan produk penjagaan kulit seperti krim mandian, pelembap, krim badan pencuci muka, penyegar dan pewangi.

"Walaubagaimanapun, saya tidak terfikir untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit buat masa terdekat.

"Ini kerana saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Farmasi Colour Cosmetics yang semakin digemari masyarakat tempatan," katanya.

Dalam pada itu, sempena majlis pelancaran butik terbaru itu, Wani juga merai para pelanggannya dengan mengadakan sesi solekan percuma.

Sesi solekan

Sesi istimewa itu dikendalikan oleh beberapa jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetics. Seramai 15 orang pelanggan tetap dan baru berkunjung ke butik itu untuk mendapatkan khidmat solekan percuma.

Noor Rita Che Ha, 46, salah seorang pelanggan tetap Farmasi Colour Cosmetics berkata, produk-produk kosmetik yang ada di pasaran tidak dapat dipastikan status halalnya.

"Farmasi Colour Cosmetics pula mempunyai kesahihan itu. Itulah yang membuatkan saya tertarik.

"Bedak asas adalah produk kegemaran saya kerana ia bertindak sebagai agen antipenuaan dan membantu mengurangkan garis-garis halus di wajah," ujarnya.

ILI ZAWANI, di samping produk Farmasi Colour Cosmetics yang tidak mengandungi alkohol dan gelatin haiwan.

Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Nurul Aini Akma Zulkefli, 24, pula gemar membeli produk kosmetik itu kerana maskara dan pengilat bibirnya yang berkilat.

"Tatkala mengoles maskara yang berkilat-kilat itu, ia nampak unik dan lain daripada maskara yang terdapat di pasaran.

"Sementara itu, sesi solekan percuma seperti itu memberi pengetahuan luas mengenai solekan dan kaedah penggunaan yang tepat tentang produk itu," katanya.

Kini, rangkaian produk Farmasi Colour Cosmetics mempunyai lebih daripada 14 kaunter di semua pusat beli-belah termasuk Jusco dan Parkson di seluruh negara.

Rangkaian produk itu dijual pada harga antara RM8.90 sehingga RM59.90.

No comments: