FOLLOWERS

Contact Us

To place order or any inquiry, please email the name and codes of the items, your name and your address or location to beautyfarmasi@gmail.com.
Thank you

- Jika ada sebarang tempahan atau pertanyaan, sila emailkan nama dan kod barang, nama anda & alamat atau lokasi anda ke beautyfarmasi@gmail.com.

- Boleh sms / what's app di 0123953322 / 01132132196

Anda juga boleh inbox kami melalui facebook http://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour

Terima kasih

Wednesday 30 May 2012

FCC Every Day Collection

FCC 2012 Every Day Collection telah mengadakan perlancarannya pada 03rd May, 2012, mahu kan wanita untuk kelihatan cantik dan ceria setiap hari dengan tema-tema seperti Monday Blues, Lively Tuesday, Busy Wednesday, Sweet Thursday, Beautiful Friday, Saturday Fever dan Fresh Sunday.

kita juga boleh lihat link dari
http://www.gua.com.my/cantik-gua/Cantik_Setiap_Hari_Dengan_FCC.html

Maaf kedudukan gambar tidak berturutan untuk selaraskan dengan wajah make up artis yang bertanggungjawab menceriakan wajah-wajah model ini.
FCC Make-up artist : Nurul Hidayah
Monday Blue - To be blue is to be sad. Many people feel sad returning to work after a weekend of rest. So kita mungkin akan sedikit bermalasan. Warna-warna make up yang digunakan lebih kepada earth dan nude colors. Simple tapi masih kelihatan cantik bergaya.

Sweet Thursday - Adalah ekoran dari kejayaan anda menyelesaikan tugasan / close business deal di hari Rabu membuatkan anda berasa lebih selesa dan gembira. Penggunaan warna seperti pink / peach akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih manis.

FCC Make-up artist : Suhaib Daud

Lively Tuesday - Slowly you have capture your working mood. You may want to look lively and better than the day before. Warna-warna yang lebih berani digunakan seperti  hijau membuatkan kita kelihatan segar seperti kehijauan tumbuhan agar lebih ceria. 

Busy Wednesday - Wednesday adalah hari yang selalu aktif dengan meeting dan appointment with client.Warna-warna lebih terang dimata membuatkan si pemakai tampak lebih berani, lebih serius serta meningkatkan confident level.

FCC Make-up artist : Nur Afifi M Taib
Beautiful Friday - Hari Jumaat adalah hari yang paling indah dan mulia. Ingin mendapatkan penjelasan dari Cikgu Fifi atas penggunaan warna2 di atas. Tapi yang pasti, Jumaat adalah hari yang dinanti-nanti kan kerana berakhirnya hari bekerja diminggu tersebut.

FCC Make-up artist : Salima


Saturday Fever - Hari Sabtu biasanya hari2 kita melakukan aktiviti luaran seperti menghadiri majlis, kenduri, membeli belah (shopping sakan), menonton wayang, pulang ke kampung, melancong atau pun berdating. Warna-warna yang lebih terang di pilih seperti dibahagian mata dan bibir agar kelihatan lebih menonjol di dalam majlis2 yang dihadiri.

Fresh Sunday - Awww...hari ni lah hari untuk merelaxkan otak, merehatkan diri dan minda sepenuhnya. Si pemakai inginkan wajah yang santai dan menawan agar kelihatan lebih segar dihari-hari berikutnya.



Sunday 27 May 2012

Tips pemilihan foundation yang sesuai

Langkah pertama untuk memilih foundation, kenali jenis kulit anda untuk mengenali jenis foundation yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Lain orang lain kulitnya. Ada yang berminyak, ada yang kering, pori terbuka, kombinasi, sensitif juga yang normal.



1. Kulit Kering
Kulit lebih terasa tegang selepas cuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang mengelupas, kasar dan dehydrated. Liang roma tak nampak, kalau ketawa memang senang nampak garisan tepi bibir..

2. Kulit Berminyak
Kulit nampak berminyak lebih-labih lagi di T zone. Minyak yang sangat ketara dan kena selalu lap. Liang roma terbuka dan mudah berjerawat. Make-up akan hilang selepas 3 jam pakai! Aduh...

3. Kulit Kombinasi
Campuran kulit berminyak dan kering. Biasanya berminyak di dahi, hidung dan dagu.. Kering di pipi.

4. Kulit Sensitif
Ada banyak jenis kulit yang sensitif. Ada sensitif normal, sensitif kering, kombinasi atau pun sesitif berminyak. Kalau salah pilih produk, muka gatal, kemerah-merahan atau pun naik jerawat. Ini biasanya berpunca dari beberapa faktor seperti cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormon tak seimbang, alergik pada bahan kimia dalam produk dan sebagainya. Kurang bahan kimia maka lebih elok untuk kulit kita!

Bila dah kenal pasti kulit, cari produk yang bersesuaian..
- kalau berminyak carilah yang 'oil-free', 'oil-control', atau 'matte',
- kalau kering cari pula yang 'oil-based', 'moisture rich' atau 'dehydrating'.
- Kalau kulit kombinasi carilah yang berasas kan powder atau cream.
- Kalau sensitif pula, pilihlah yang ada tekstur mineral di dalamnya..

Pemilihan Warna
Perhatikan sekeliling terang atau tidak... pencahayaan amat penting. Kalau kawasan kaunter tu macam malap je, keluar je dari kedai dan bawa contoh warna untuk dicalitkan pada muka. Tapi jangan lupa masuk kedai semula ya!.. huhu

Kenalpasti undertone skin. Kalau nak tau, cuba tengok lengan kita warna apa, selalunya kulit melayu, yellow base, dan kulit india atau pun china, biasanya pink base.. tapi ada juga yang sebaliknya.

Gunakan rahang muka sebagai penentu warna, bukan tangan ya! Baca entry 'Cuba bedak asas di rahang'.
Ratakan dan tangan. Pilih warna yang seakan-akan dengan kulit. Kalau tak jumpa, pilih warna yang 1 tona lebih gelap dari kulit, kemudian seimbangkan dengan powder yang 1 tona lebih cerah. Ada juga yang kulit berminyak mempunyai masalah foundation lebih gelap bila kulit dah 'pecah minyak', sekiranya ini berlaku, guna foundation yang 1 tona lebih cerah dari kulit.

Disarankan cari foundation yang mempunyai sedikit asas warna kekuningan (yellowish). Kemungkinan kenyataan ini agak mengejutkan anda, walaupun kulit anda adalah terdiri dari jenis warna pucat atau gelap, kulit wajah anda tetap mempunyai beberapa nada kuning di wajah. (Bahkan kulit anda sangat pucat, peach, merah muda atau warna keputihan (whitish) akan terlihat pucat). Satu ‘foundation’ yang ‘Yellow-Based’ akan dapat sebati dengan cantik terhadap warna kulit wajah anda sehingga kelihatan segar dan sihat.

Biasakan guna foundation brush atau sponge yang bersesuaian. Wah, mahirkan diri macam pro ye!
Sentiasa ada cermin dalam handbag! Barulah kita tahu apa yang sesuai untuk kulit kita sebab cermin adalah teman terbaik kita! Kalau tak pasti juga, kenalah attend make up class yang di anjurkan oleh FCC atau mana-mana Make Up Artist yang berpengalaman. - Source by : Nuriez NR Studio


p/s : Intai-intai 'Make-up Tutorial' menggunakan produk FCC.

Saturday 26 May 2012

FCC Diamond Make-Up Palette - RM188.00 - DISCONTINUED


- Special 'Diamond' case with elegance look.
- Colors range from neutral to earthly tone.
- Contains 15 eye shadow colors, 3 blushers and 6 lip colors.
- Perfect for natural and daily look make-up.

FCC Pink Sapphire Make-Up Palette - RM168.00 - DISCONTINUED

- All in one palette.
- Contains 18 eye shadow colors, 3 blushers, 12 lip colors and 1 tone powder.
- Suitable for trendy and glamorous look.
- Very handy for travelling and as a perfect gift.

Make Up Tutorial

Let's learn something from these videos especially for a beginner who like to have a simple make up yet still looks elegant and presentable. Enjoy watching....


Presented by your talented make up artist - Ms Mya Zulkifli





Makeup Stuffs For A Beginner by Mya Zulkifli

Everyday Make Up Tutorial using FCC by Mya Zulkifli

Makeup Tutorial Neutral Look by Mya Zulkifli 

Makeup Tutorial Soft Purple Smokey Eyes by Mya Zulkifli 

Face and Nose Contouring Tutorial by Mya Zulkifli



Presented by Ms Ekyn Nikiys




Everyday Smokey Eyes Using FCC

Bronze & Golden Green Smokey Eyes using FCC

Bienda Inspired Makeup in Entri Jameela Using FCC

FCC: Fun Cute & Colorful Makeup Look


Adam & Hawa: Ain Hawani Makeup Inspired Using FCC

Silver & Blue Smoky Eyes Using FCC

Purple Sparks Makeup Tutorial Using FCC 

Twilight Breaking Dawn: Bella Inspired Look (FCC)


Lain2 Tutorial

Makeup Tutorial : Casual Look 


OK guys, diharap those presented videos dapat membantu dan memperbaiki teknik2 make up seharian kita.
Thank You.

Monday 21 May 2012

MAKE OVER BY PROFESSIONAL MAKE UP ARTIST

Let's see the great job done by Professional Make Up Artist - using FCC products range

Make Up Oleh Suhaib Daud



Make Up Oleh Salima Samail

Make Up and Model - Mya Zulkifli

Young but very talented Make Up Artist - Beautiful Ekyn Nikiys and Mya Zulkifli


Star Highlighting Powder - RM 49.90


WHILE STOCK LAST - AVAILABLE CODE 04 ONLY



This new four shades of super lightweight face powder illuminates and brightens your skin. Apply onto bare skin or over the foundation or use it any time to highlight your makeup. Multiple functions, can be used as face powder, blusher, highlight, eyeshadow and shading.

Correction of Star High 04 should read as 05


Tuesday 8 May 2012

Managing Director of FCC, Cik Ili Zawani Dato' Ismail

With Managing Director of FCC ; 
Cik Ili Zawani Dato' Ismail at Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor on May 3, 2012.

Me (left)

Kembang bisnes ke dunia fesyen

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CERIA...sebagai peneraju utama, setiap produk dicuba terlebih dulu bagi memastikan keberkesanannya.
CERIA...sebagai peneraju utama, setiap produk dicuba terlebih dulu bagi memastikan keberkesanannya.
HANYA dengan padanan kaftan merah dan tudung kelabu, gaya penampilannya cukup menyerlah. Solekan menambahkan lagi kejelitaan Pengarah Eksekutif Naturalife Solution Sdn Bhd, Ili Zawani Ismail sehinggakan sesiapa juga pasti terpesona pada aura gadis manis ini.
Ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya, Selangor, jujur penulis mengakui gadis kelahiran Kuala Lumpur ini bukan saja bijak bergaya, malah mempunyai karisma dan semangat yang luar biasa.
   
  • FotoALAT SOLEK... Ili Zawani bersama sebahagian alat solek yang sudah dipasarkan di Malaysia.
  • FotoBINCANG...Ili Zawani berbincang dengan pekerjanya mengenai pakaian yang akan dipasarkan di pejabatnya.
Dia matang sebelum usia walaupun baru mencecah usia 25 tahun Julai lalu. Setiap lontaran kata-kata disusun teratur dan penuh sopan. Setiap perkataan yang terbit daripada bibirnya disulami kata-kata semangat serta penuh rasa rendah diri.

“Sejak kecil saya dikelilingi mereka yang lebih berusia. Ibu sering membawa saya menemui rakan perniagaannya. Begitu juga di rumah apabila saudara-mara menjadikan saya sebagai tempat rujukan. Sebab itu pemikiran saya menjadi lebih matang daripada usia,” katanya.

Memulakan perniagaan ketika usia mencecah 22 tahun iaitu selepas tamat pengajian di Kolej Sunway dalam jurusan perakaunan, Ili Zawani yang mesra disapa Wani mengakui dia berasa bertuah kerana percaturan hidupnya bermula di landasan yang betul, sedangkan pada usia begini ramai kawan-kawannya masih tercari-cari arah dan tujuan hidup.

“Saya akui tidak ramai bernasib baik seperti saya mampu membuka perniagaan pada usia muda. Mulanya saya merancang ingin bekerja dengan orang luar kerana lebih mudah, tidak perlu bersusah payah memikirkan hal syarikat. Tetapi apabila ayah meminta supaya saya menjalankan perniagaan sendiri, saya terus menerima dengan hati terbuka. Peluang yang ada, mengapa mesti ditolak kerana inilah masa saya membantu keluarga,” katanya penuh yakin.

Memandangkan semua wanita gemar pada kecantikan, justeru Wani mencari produk untuk keperluan kaum hawa terutama golongan pertengahan. Kajian demi kajian dijalankan bagi mencari produk berkualiti dan mampu digunakan semua wanita.

“Memikirkan terlalu banyak produk buatan Eropah, Amerika Syarikat mahupun Asia seperti Jepun dan Korea yang mahal serta mewah, saya inginkan kelainan supaya produk saya mampu dimiliki semua wanita.

“Dalam pencarian akhirnya saya bertemu dengan Farmasi Colour Cosmetics (FCC), jenama alat solek yang diimport dari Istanbul, Turki. Pada awalnya syarikat itu hanya mengeluarkan produk minyak wangi E Coudray dari Perancis dan turut memasarkan beberapa produk herba tempatan. Namun, selepas melihat hasilnya pada kulit kakak dan ibu, saya terus bersetuju,” katanya.

Selepas mendapat persetujuan serta meneliti hasil kajian, Wani ke Turki untuk melihat proses penyediaan dan bagaimana produk ini dipasarkan.

“Saya bertambah yakin apabila FCC menggunakan seratus peratus bahan halal serta tidak menggunakan gelatin haiwan, alkohol dan tidak diuji pada haiwan manakala semua pekerjanya adalah orang Islam,” katanya.

Selepas tujuh tahun menjalankan kajian, akhirnya pada 2009, FCC berada di pusat beli-belah Parkson, Jusco serta 17 rakan niaga di seluruh Malaysia dengan lebih 400 produk dikeluarkan.

Menurut Wani, FCC sangat istimewa kerana mempunyai pelbagai rangkaian warna sesuai untuk kulit wanita Asia.

Dengan label Mewarnai Hidup Anda, kehadiran warna segar ini tentunya memberi lebih pilihan pada wanita dan pada masa sama, memenuhi keinginan mereka untuk kekal cantik sepanjang masa. Daripada maklum balas pelanggan, mereka mengatakan produk kosmetik FCC wangi dan selesa apabila digunakan ketika cuaca panas.

Lebih penting, semua produk termasuk rangkaian bedak asas, bedak debu, bedak padat, gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan maskara sesuai untuk semua jenis kulit sama ada cerah, gelap dan sawo matang.

“Pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan memberi keyakinan dan semangat kepada saya untuk terus bertahan dan memastikan FCC menjadi pilihan utama wanita. Apatah lagi harganya sangat berpatutan iaitu antara RM9.90 sehingga RM69.90,” katanya.

Sebagai pengusaha sudah pasti apa saja perniagaan ada cabarannya. Selain memastikan produk keluarannya dikenali ramai, lambakan alat solek di pasaran adalah persaingan biasa yang harus dihadapi. Namun, dia turut mengakui ada kala hatinya gundah memikirkan cabaran dalaman terutama daripada segi perhubungan dengan pekerja.

“Saya dikelilingi kakitangan yang lebih berumur, tentunya saya memerlukan cara terbaik untuk mendekati mereka. Alhamdulillah saya dapat menanganinya berkat pengalaman ketika bergaul dengan mereka yang lebih berusia. Pada saya umur bukan menjadi masalah, apa yang penting belajar untuk menghormati orang lain dan orang akan menghormati kita,” nyatanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini juga mengakui bekerja dengan keluarga bukanlah satu kelebihan, tetapi cabaran bagi memastikan apa juga tanggungjawab dapat ditunaikan sebaik mungkin. Banyak perkara perlu dikorbankan terutama masa dan tenaga bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Sebagai peneraju utama, jatuh bangun syarikat adalah di atas tangan saya. Oleh itu saya perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik, lancar dan selesa,” katanya yang menjadikan ayahnya, Ismail Kamin sebagai idola.

Walaupun kurang rapat dengan ayah, tetapi ayah menaruh harapan dan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat. Kematangan, wawasan dan cara bekerja ayah menjadi idola Wani untuknya melangkah ke hadapan.

Selain menjaga bahagian kosmetik, Wani juga diberi kepercayaan sebagai Pengarah Kewangan Automotif serta mengendalikan medan selera di Shah Alam. Dia juga adalah Bendahari Kehormat Peniagawati Malaysia dan menjadi ahli jawatan kuasa tertinggi paling muda selama tiga tahun berturut-turut.

“Bergaul dengan usahawan wanita berjaya menyebabkan saya berazam untuk berjaya dalam tempoh yang singkat iaitu lima tahun. Walaupun bukan mudah, saya yakin usaha disertai dengan tawakal pasti akan menemui kejayaan,” katanya yang mengakui penyertaan dalam persatuan ini sangat membantu membentuk diri menjadi lebih positif.

Dalam kesibukan mengendalikan perniagaan, Wani mengakui jiwa mudanya masih terserlah. Bagi mengisi kekosongan itu dia banyak meluangkan masa bersama keluarga dan mengajak rakan datang ke rumah.

“Saya bersyukur kerana ibu bapa sangat memahami. Mereka juga menjaga pergaulan dan batas agama supaya kami tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jika tidak kerana bebelan serta larangan ibu bapa sudah pasti saya tidak menjadi seperti sekarang. Saya juga dikelilingi rakan yang sangat mementingkan keluarga. Jadi pertemuan kami lebih banyak diadakan di rumah,” katanya.

Mengimbas kembali ketika zaman remaja, Wani mengakui dia jarang membantah atau memberontak setiap kata-kata ayahnya. Ini kerana sedar pada akhirnya dia juga akan mendapat manfaatnya. Buktinya seperti mana yang berlaku pada masa sekarang.

“Saya percaya apa juga perkara yang dilakukan harus mendapat keredaan ibu bapa. Saya sedar dalam mengejar kekayaan dan kejayaan, ilmu akhirat harus diseimbangkan jika tidak hidup tidak akan bermakna. Inilah yang saya belajar supaya sentiasa menghargai apa saja nilai positif dalam hidup serta melakukan yang terbaik bukan saja untuk diri tetapi keluarga dan masyarakat.

“Jika ada yang berkata saya beruntung kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga mewah, tidak perlu bersusah payah, tetapi sebenarnya itu tanggapan silap. Saya dan keluarga ketika kecil juga pernah melalui zaman susah.

“Hidup di dalam rumah kedai dengan hanya menaiki motosikal, tetapi saya mempunyai seorang ayah yang kuat semangat serta ibu yang menjadi pendorong utama. Mereka berazam untuk mengubah nasib keluarga dan sekarang apa yang diperoleh adalah hasil usaha serta penat lelah mereka selama ini. Jika saya yang dulu pernah susah boleh melakukan mengapa anda tidak,” katanya.

Wani menasihati remaja hari ini supaya berfikir di luar kotak pemikiran. Jangan hanya menjadi remaja biasa yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada.

Jika dilahirkan dalam keluarga susah, adakah anda juga mahu menjadi susah seperti itu? Jika kita yang tidak cuba mengubahnya siapa lagi?

“Adakala saya kecewa dengan segelintir remaja Melayu yang mengambil mudah sesuatu perkara. Mereka tidak pernah berfikir mengenai masa depan dan apa yang dilakukan sekarang akan memberi kesan 10 tahun akan datang. Belajar daripada kesilapan dan kegagalan kerana daripada situ kita tahu kelemahan diri sendiri,” katanya yang sangat mengagumi ketokohan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang sentiasa berfikir ke hadapan dalam membuat perancangan.

Di akhir bicara, Wani mempunyai impian sendiri iaitu ingin mengembangkan industri fesyen serta ingin berkongsi pengalaman dengan remaja bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya pada usia muda.